BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 12 November 2011

Sekapur Sireh

    

           Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang menyampaikan sepatah dua kata di ruangan ini.Guru perlu menunjukkan kecemerlangan dari aspek kepimpinan. Kecemerlangan dalam organisasi yang dipimpin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan sahsiah murid. Dalam masyarakat pula, guru menjadi contoh kepimpinan yang dihormati. Guru juga harus menyedari bahawa sebagai pendidik, mereka perlu menjadi suri teladan yang baik atau uswatun hasanah kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Penilaian pelajar, ibu bapa dan masyarakat akan tertumpu kepada peribadi guru khususnya dalam menyampaikan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, selain mempunyai ilmu yang tinggi dan relevan, penampilan diri yang positif, berketerampilan, ketinggian budi pekerti, sikap dan budaya yang positif amat dituntut. Kita hendaklah sentiasa profesional, ceria serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan . Sesungguhnya amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ” Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua dipertanggungjawabkan mengenai orang-orang di bawah pimpinan kamu.”
 
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...