Ke Majlis Perkahwinan
Hamdi,Khong Wei, Rajan hendak menghadiri majlis perkahwinan kakak kawan mereka di Dewan Sivik.Sambil berjalan mereka berbual-bual.
“Inilah kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan orang melayu.Tak sabar pula saya hendak merasa keenakan nasi minyak,” kata khong Wei.
“Kamu ini asyik ingat makan sahaja!” Usik Rajan lalu ketawa.Sebenarnya ,saya sendiri sudah terbayang-bayang keenakan lauk-pauk yang dihidangkan!” Kata Rajan lagi.
“Kamu berdua memang sama sahaja! Ada banyak perkaralain yang menarik tentang adat istiadat perkahwinan orang Melayu selain hidangan yang disediakan untuk tetamu,” Balas Hamdi sambil turut ketawa.
“Apa maksud kamu ,Hamdi?” Tanya Khong Wei.
“Saya amat suka mendengar bunyi paluan kompang semasa pengantin diarak dengan bunga manggar. Di setengah-setengah tempat pula, turut diadakan pertunjukan pencak silat untuk pengantin. Selain itu,tetamu akan diberi cendera hati berupa bunga telur,” jelas Hamdi.
“Wah, menarik sungguh penjelasan kamu itu! Eh, rasa-rasanya kita sudah hampir sampai! Lebih baik kita lihat peta yang ada dalam kad jemputan ini supaya tidak tersesat,”cadang Rajan.
Mereka pun melihat peta yang terdapat dalam kad itu bersama-sama.
0 comments:
Post a Comment